Monday, 16 April 2012

Pertandingan Bola Sepak Antara Rumah Sukan 2012

Pertandingan Bola Sepak Antara Rumah Sukan 2012 telah diadakan pada 14 April 2012(Sabtu) bermula pukul 8.00 pagi dan telah berakhir pada pukul 1.00 petang. Paukan yang mengambil bahagian ialah rumah-rumah sukan iaitu Director, Augustus,Henry dan Paul. Penyertaan ialah di kalangan murid tahap 2 yang terpilih mewakili rumah sukan masing-masing.Pertandingan ini dijalankan secara liga dan semua pasukan yang telah mengambil bahagian telah berjaya membuktikan kehebatan masing-masing.

Bermulanya pertandingan ini, maka bermulalah persaingan antara rumah sukan bagi merebut gelaran Rumah Sukan Terbaik 2012 disebabkan mata yang diperolehi akan dikumpulkan dalam markah keseluruhan kejohanan padang dan balapan SK St Michael 1 kali ke 53 2012.

Berikut adalah keputusan perlawanan tersebut:


Berdasarkan keputusan :
                                       RUMAH DIRECTOR       = 20 MATA
                                       RUMAH HENRY             = 10 MATA
                                       RUMAH PAUL                 =   7 MATA
                                       RUMAH AUGUSTUS      =   5 MATA








No comments:

Post a Comment