Tuesday, 27 March 2012

Kejohanan Bola Sepak B12 Tahun (Zon B) MSS Daerah Kinta Utara


SK St Michael 1 telah menyertai pertandingan Kejohanan Bola Sepak B 12 Tahun (Zon B) MSS Daerah Kinta Utara yang diadakan di Padang SK Jati Ipoh pada 26 - 27 Mac 2012. Dalam pertandingan ini, SK St Michael 1 telah diletakkan dalam Kumpulan D bersama pasukan dari sekolah SR Islam Al Ummah, SK Seri Mutiara dan SJK(T) Tanjung Rambutan.

Dalam perlawanan yang dijalankan secara liga, pasukan SK St Michael telah mencatatkan keputusan menang 2 perlawanan  dan kalah 1 perlawanan iaitu  SK St Michael 1 (3) mn SK Seri Mutiara (1), SK St Michael 1(3) mn SJK (T) Tanjung Rambutan (1) , SK ST Michael 1(0)kk SR Islam Al-Ummah (3). Berbekalkan keputusan ini pasukan sekolah mengumpul mata sebanyak 6 mata dan menduduki tempat ke 2 dalam kumpulan D. Seterusnya melayakkan penyertaan ke peringkat Suku Akhir.
                                                       
 Dalam pertarungan Suku Akhir, pasukan Bola Sepak sekolah menentang pasukan SK St Michael 2 yang berkesudahan SK St Michael 1 (0) kk SK St Michael 2 (3). Tahniah dan Syabas kepada semua pemain dan jurulatih pasukan Bola sepak SK St Michael 1 kerana telah berjuang sehingga peringkat suku akhir. Semoga pencapaian ini menjadi perangsang untuk mencipta lebih banyak kejayaan.

No comments:

Post a Comment