1. Bola Sepak - layak ke peringkat Suku Akhir Zon B.
2. Bercerita Bahasa Melayu Thp 1&2 - penyertaan peringkat kelompok.
3. Bercerita Sains dalam BI - penyertaan peringkat kelompok.
4. Story Telling - mendapat tempat ketiga peringkat kelompok.
5. MTQ - Penyertaan semua acara.
6. Mohammad Aidel Wafie (6M) terpilih mewakili Daerah Kinta Utara dalam pertandingan Sepak Takraw
MSSpk pada 30.03.2012 di Taiping.
Unit Kokurikulum
Thursday, 29 March 2012
Tuesday, 27 March 2012
Kejohanan Bola Sepak B12 Tahun (Zon B) MSS Daerah Kinta Utara
SK St Michael 1 telah menyertai pertandingan Kejohanan Bola Sepak B 12 Tahun (Zon B) MSS Daerah Kinta Utara yang diadakan di Padang SK Jati Ipoh pada 26 - 27 Mac 2012. Dalam pertandingan ini, SK St Michael 1 telah diletakkan dalam Kumpulan D bersama pasukan dari sekolah SR Islam Al Ummah, SK Seri Mutiara dan SJK(T) Tanjung Rambutan.
Dalam perlawanan yang dijalankan secara liga, pasukan SK St Michael telah mencatatkan keputusan menang 2 perlawanan dan kalah 1 perlawanan iaitu SK St Michael 1 (3) mn SK Seri Mutiara (1), SK St Michael 1(3) mn SJK (T) Tanjung Rambutan (1) , SK ST Michael 1(0)kk SR Islam Al-Ummah (3). Berbekalkan keputusan ini pasukan sekolah mengumpul mata sebanyak 6 mata dan menduduki tempat ke 2 dalam kumpulan D. Seterusnya melayakkan penyertaan ke peringkat Suku Akhir.
Dalam pertarungan Suku Akhir, pasukan Bola Sepak sekolah menentang pasukan SK St Michael 2 yang berkesudahan SK St Michael 1 (0) kk SK St Michael 2 (3). Tahniah dan Syabas kepada semua pemain dan jurulatih pasukan Bola sepak SK St Michael 1 kerana telah berjuang sehingga peringkat suku akhir. Semoga pencapaian ini menjadi perangsang untuk mencipta lebih banyak kejayaan.
Monday, 26 March 2012
Sunday, 25 March 2012
Tuesday, 6 March 2012
Perlawanan Persahabatan Bola Baling 2012
Perlawanan persahabatan Bola Baling telah dijalankan pada:
Tarikh : 1 Mac 2012( Khamis )
Masa : 3:30 petang
Tempat : Sk.Jelapang Jaya
Antara Pasukan yang menghadiri perlawanan tersebut :
1) Sk.Jelapang Jaya
2) Sk.St.Michael 1
3) Sk Tanjung Rambutan
4) Sk. Sungai Tunku ( Daerah Hilir Perak)
5) Sk.Manjoi 1
Pertandingan tersebut turut disertai oleh pasukan perempuan.
Perlawanan yang diadakan berjalan lancar walaupun cuaca yang tidak mengizinkan kerana hujan.
Tahniah diucapkan kepada penganjur ( Sk.Jelapang Jaya ) kerana menganjurkan pertandingan tersebut.
Ucapan tahniah juga diucapkan kepada semua pasukan yang menghadirkan diri.
Tarikh : 1 Mac 2012( Khamis )
Masa : 3:30 petang
Tempat : Sk.Jelapang Jaya
Antara Pasukan yang menghadiri perlawanan tersebut :
1) Sk.Jelapang Jaya
2) Sk.St.Michael 1
3) Sk Tanjung Rambutan
4) Sk. Sungai Tunku ( Daerah Hilir Perak)
5) Sk.Manjoi 1
Pertandingan tersebut turut disertai oleh pasukan perempuan.
Perlawanan yang diadakan berjalan lancar walaupun cuaca yang tidak mengizinkan kerana hujan.
Tahniah diucapkan kepada penganjur ( Sk.Jelapang Jaya ) kerana menganjurkan pertandingan tersebut.
Ucapan tahniah juga diucapkan kepada semua pasukan yang menghadirkan diri.
Sedutan Video perlawanan baling baling persahabatan.
Monday, 5 March 2012
Hadiah Bertuah Untuk Senamrobikthon

Kutipan Senamrobikthon telah bermula pada 01.02.2012 dan akan berakhir kutipannya pada 31.03.2012.
Majlis penutupan dijangka diadakan pada 31.03.2012, oleh itu diharapkan semua warga SK St Michael 1 terus berusaha dalam memastikan target RM 50 000.00 tercapai.
Ini merupakan antara hadiah-hadiah yang ditawarkan bagi warga SK St Michael 1 yang mendapat kutipan yang tertinggi, kedua tertinggi dan seterusnya...............................................................
Subscribe to:
Posts (Atom)